Sambungan yum melalui proxy server

linuxpenguin Sambungan yum melalui proxy server os  yum update red hat ralat proxy linux Yum adalah applikasi bagi installasi dan kemaskini sebarang pakej dari repository distro yang asasnya bersandarkan pada Red Hat Linux. Dalam erti kata lain, ia bagaikan add and remove control panel bagi applikasi linux.

Situasi Masalah:

Disebabkan yum perlu menggunakan talian internet bagi sebarang keperluan installasi dan kemaskini, bagi situasi anda yang berada di belakang firewall (yang tidak membenarkan akses terus ke gateway), yum boleh mengakses rangkaian internet melalui proxy tetapi memerlukan sedikit ubah suai dari segi konfigurasi tetapan capaian anda. Berikut adalah contoh kemaskini yang tidak berjaya apabila yum tidak di sambungkan ke rangkaian internet…

[root@server ~]# yum update
Loading “protect-packages” plugin
Loading “kmod” plugin
http://download4.clearfoundation.com/clearos/enterprise/5.2/kernels/repodata/reppen error (-3, ‘Temporary failure in name resolution’)>
Trying other mirror.
http://download.clearfoundation.com/clearos/enterprise/5.2/kernels/repodata/repoen error (-3, ‘Temporary failure in name resolution’)>
Trying other mirror.
http://download3.clearfoundation.com/clearos/enterprise/5.2/kernels/repodata/reppen error (-3, ‘Temporary failure in name resolution’)>
Trying other mirror.
http://download1.clearfoundation.com/clearos/enterprise/5.2/kernels/repodata/reppen error (-3, ‘Temporary failure in name resolution’)>
Trying other mirror.

Cara Atasi:

Bagi mengatasi masalah ini, anda hanya perlu melalukan konfigurasi capaian internet melalui enviromen applikasi. Cipta 2 file dari direktori ” /etc/profile.d ” iaitu ” proxy.sh ” dan ” proxy.chs “. Kedua-dua file ini membolehkan sebarang applikasi yang memerlukan capaian internet di sambungkan terus kepada proxy. Anda boleh menggunakan applikasi ” vim ” atau ” nano ” bagi mencipta file. Ubah host.com:port mengikut tetapan proxy anda.

#proxy.sh
export http_proxy=http://host.com:port/
export ftp_proxy=http://host.com:port/
export no_proxy=.domain.com
export HTTP_PROXY=http://host.com:port/
export FTP_PROXY=http://host.com:port/

#proxy.csh
setenv http_proxy http://host.com:port/
setenv ftp_proxy http://host.com:port/
setenv no_proxy .domain.com
setenv HTTP_PROXY http://host.com:port/
setenv FTP_PROXY http://host.com:port/

Setelah selesai mencipta kedua-dua file tersebut, cuba semula arahan ” yum update ” .. Gudluck ;)


Perkara yang berkaitan ...
  1. Varnish-cache reverse proxy bagi melajukan web server
      Selain dari menggunakan Squid dan Ngin-X (engine-X) sebagai mekanisma reverse proxy...
  2. Ralat: Cannot retrieve repository metadata (repomd.xml) for repository: fedora. Please verify its path and try again
      Yum adalah applikasi bagi installasi dan kemaskini sebarang pakej dari repository...
  3. Laporan statistik web proxy ClearOs
      Antara gambarajah statistik yang boleh dijana menggunakan Clear OS web proxy...
  4. Ralat file * from install of VirtualBox_Old conflicts with file from package VirtualBox_new
      Applikasi: RPM / Yum (Fedora, Red Hat, CentOS) Ralat: Dari Shell...
  5. Ralat Squid Error 1067 the process terminated unexpectedly
      Applikasi: Windows Service Management Console & Squid Proxy Server Ralat: “Could...

Kategori: OS

Tags:


... Carian ...