Varnish-cache reverse proxy bagi melajukan web server
xSwitcheRx | Jan 09, 2012 | Visited 515 times, 10 so far today | | Comments 0
Selain dari menggunakan Squid dan Ngin-X (engine-X) sebagai mekanisma reverse proxy di web server anda, mungkin Varnish-cache mampu menjadi alternatif yang memberikan sedikit perbezaan yang ketara. Varnish-cache (atau dikenali sebagai varnish / varnishd (d – untuk deamon) merupakan salah satu applikasi linux yang melajukan capaian di web server dengan melakukan simpanan sementara (cache) bagi sebarang fail yang sering di akses di memori tanpa sebarang akses dari hard disk (default setting). Varnish menjadi perantara web server apache atau nginx yang semestinya akan mempercepatkan kelajuan laman web yang sering di akses samada ianya melalui protokol HTTP mahupun HTTPS.. dan semuanya anda boleh mendapatkannya secara percuma. Berikut adalah sedikit sedutan video bagi applikasi varnish-cache :
Installasi Varnish
Buat masa ini, versi terkini varnish cache adalah 3.0.2 (stable release) .. Varnish cache boleh di dapati samada dalam bentuk source code (kod sumber) mahupun binary (yang telah di “compile”) mengikut distro linux anda guna seperti variant debian, red hat dan freeBSD di sini https://www.varnish-cache.org/releases . Installasi menggunakan red hat distro seperti fedora dan centos adalah seperti berikut:
(login sebagai Super User)
$ rpm –nosignature -i http://repo.varnish-cache.org/redhat/varnish-3.0/el5/noarch/varnish-release-3.0-1.noarch.rpm
yum install varnish
Konfigurasi Varnish
Terdapat dua fail konfigurasi bagi varnish iaitu fail utama (default) serta skrip pencapai tetapan (yang jarang memerlukan ubah suaian). Fail konfigurasi default terletak pada lokasi :
$ /etc/varnish/default.vcl # konfigurasi default anda boleh membukanya menggunakan vim @ nano
$ /etc/sysconfig/varnish # skrip pencapai tetapan default, juga boleh dibuka menggunakan vim @ nano
Secara default, varnish telah di tetapkan bagi mendengar (listen) pada port 8000. Anda perlu mengubahnya melalui fail konfigurasi default. Berikut adalah contoh baris yang telah di ubah ..
backend default {
.host = “127.0.0.1″; # mendengar pada localhost
.port = “80“; # telah di ubah.
}
Sekiranya anda perlu menambah beberapa port lain bagi mendengar (listen) capaian http dan https dari port yang tidak menggunakan 80, anda boleh menambah tetapan tersebut dari fail skrip pencapai tetapan di /etc/sysconfig/varnish … Berikut adalah contoh bagi varnish mendengar (listen) pada port 80 dan 81
DAEMON_OPTS=”-a ${VARNISH_LISTEN_ADDRESS}:${VARNISH_LISTEN_PORT},127.0.0.1:81 \
-f ${VARNISH_VCL_CONF} \
-T ${VARNISH_ADMIN_LISTEN_ADDRESS}:${VARNISH_ADMIN_LISTEN_PORT} \
-t ${VARNISH_TTL} \
-w ${VARNISH_MIN_THREADS},${VARNISH_MAX_THREADS},${VARNISH_THREAD_TIMEOUT} \
-u varnish -g varnish \
-S ${VARNISH_SECRET_FILE} \
-s ${VARNISH_STORAGE}”
Setelah selesai installasi dan konfigurasi varnish, anda boleh melakukan uji cuba dengan melakukan restart pada service httpd terdahulu dan seterusnya memulakan semula service varnish. Sebagai contoh, berikut adalah arahan bagi melakukan restart dan “process kill”
$ pkill varnish # process kill applikasi varnish
$ pkill httpd # process kill applikasi web server / apache
$ /etc/init.d/httpd start # process start web server / apache
$ /etc/init.d/varnish start # process start varnish
Secara ringkasnya, varnish merupakan salah satu projek open source yang sangat fleksibel dan pratikal bagi kegunaan di enviromen production bagi solusi reverse-proxy. Jika digandingkan dengan nginx, pasti ianya memberikan prestasi yang lebih baik di front-end dan back-end server anda. ;)
Perkara yang berkaitan ...
- Sambungan yum melalui proxy server
- Yum adalah applikasi bagi installasi dan kemaskini sebarang pakej dari repository...
- Ralat Squid Error 1067 the process terminated unexpectedly
- Applikasi: Windows Service Management Console & Squid Proxy Server Ralat: “Could...
- Laporan statistik web proxy ClearOs
- Antara gambarajah statistik yang boleh dijana menggunakan Clear OS web proxy...
- Tips 10 cara melajukan laman web dan blog
- Menduduki tempat yang terbaik dari keputusan enjin carian seperti google.com /...
- Direct download bagi Hiren Boot CD 10.4 percuma
- Seperti yang telah ditulis pada entry sebelumnya mengenai kelebihan dan kegunaan...
Kategori: OS
