Cara buang virus dari PC dijangkati dengan Percuma

Pc atau laptop yang dijangkiti dengan virus trojan, worm, spyware, backdoor, dan sebagainya perlu dilakukan proses “swap-cleaning” atau “clean-replace”. Biasanya virus akan menjangkiti fail-fail program serta sistem yang sering digunakan bahkan juga fail-fail dokumen anda seperti Words, Excel dan sebagainya apabila antivirus yang anda gunakan gagal mengesan jenis virus tersebut (disebabkan antivirus tidak / gagal di update). Dalam masalah ini, Dr Web boleh membantu anda untuk memperbaiki fail yang dijangkiti malah membuang kesan2 yang dilakukan oleh virus terhadap fail sistem secara Percuma!

dr web cure it free Cara buang virus dari PC dijangkati dengan Percuma tips os sistem operasi software 2  windows virus update trojan removal pc panda cloud netbook live cd laptop dr web cure it avg Antivirus

DR WEB CURE IT PERCUMA

Ya, ia boleh digunakan secara percuma. Anda hanya perlu memuat turun fail program Dr Web Cure IT (saiz lebih dari 40 MBytes) dan melarikan program tersebut – guna Download manager untuk mempercepatkan masa download -. Fail program tidak perlu di install dan nama fail Dr Web juga adalah random (tidak seperti antivirus lain) semasa memuat turun. Ini adalah bagi mengelak sebarang bentuk serangan virus terhadap fail program Dr Cure IT dan mengelak dari virus yang sedang aktif mematikan fungsi program. Dr Web Cure IT adalah pakej lengkap bagi jenis virus yang hendak dibersihkan. Tidak seperti kebanyakkan virus removal toolkit yang lain yang mengasingkan removal tool mengikut jenis virus. Pada Oktober 2010, “Dr Web Cure It” mampu mengesan dan membersihkan 1 678 737 virus semuanya secara percuma. Muat turun Dr Web Cure It di sini…

PROSES MEMPERBAIKI SISTEM DAN MEMBUANG VIRUS

drweb livecd interface 260x260 Cara buang virus dari PC dijangkati dengan Percuma tips os sistem operasi software 2  windows virus update trojan removal pc panda cloud netbook live cd laptop dr web cure it avg Antivirus

1. Swap-Clean : adalah dengan melakukan proses “scan” virus dari PC yang tidak dijangkiti dengan menyambungkan hard disk yang dijangkiti ke PC tersebut ATAU menggunakan Live CD antivirus untuk melakukan scan terhadap hard disk yang mengandungi fail virus. Proses ini adalah satu cara yang sangat berkesan untuk membuang virus namun sekiranya terdapat fail sistem windows yang kritikal telah terhapus atau tidak dapat diperbaiki, anda perlu melakukan proses “Clean-Replace”. Sekiranya anda tidak mempunyai PC lain atau Live CD, lakukan proses “Scan” melalui “Safe-Mode” windows, ianya agak memadai (gunakan Dr Web Cure IT).

2. Clean-Replace : adalah dengan melakukan proses “Swap-Clean” seterusnya menggantikan fail sistem windows dengan menggunakan Windows Update / Upgrade / Repair. Lakukan windows updates setelah selesai virus dibuang dengan proses “Swap-Clean”. Atau anda juga boleh melakukan Windows Upgrade / Repair (memerlukan DVD / CD Windows Installation.

Ramai dikalangan kita berpendapat dengan memformat dan install semula Windows akan membuang virus secara total. Kenyataan ini hanya benar sekiranya anda mempunyai tidak lebih dari 1 partition sahaja! Memformat semula tidaklah terlalu susah namun untuk install kembali program-program seperti sebelumnya agak renyah. Anda sepatutnya jadikan ia sebagai salah satu cara yang terakhir sahaja kerana anda boleh memperbaiki sistem dan membuang virus dari windows dengan menggunakan beberapa toolkit virus remover seperti Dr Web.

AVG Update Cara buang virus dari PC dijangkati dengan Percuma tips os sistem operasi software 2  windows virus update trojan removal pc panda cloud netbook live cd laptop dr web cure it avg Antivirus

KEMASKINI ANTIVIRUS

Setelah selesai membuang / membersihkan pc anda dari virus, pastikan antivirus yang terdahulu dibuang (uninstall melalui control panel) dan di download dan install semula. Pastikan anda melakukan proses update (kemaskini) setiap sekali dalam seminggu sekurang-kurangnya bagi mengelak jangkitan virus terjadi semula. Gunalah antivirus yang percuma dan diyakini seperti antivirus AVG atau Panda Cloud Protection (sesuai bagi kegunaan netbook). Selamat mencuba ;-)

Nota 1: Jangan sesekali menggunakan lebih dari 1 antivirus di dalam pc atau laptop mahupun netbook anda. Boleh mengakibatkan system failure / system hang / sistem menjadi terlalu perlahan dan kerap kali reboot.

Nota 2: Bagi anda yang menggunakan perisian Windows yang asli (genuine), dapatkan MSE (antivirus dari microsoft) di sini.

Kategori: PerisianSistem OperasiTips

Tags: