Cara install Windows 8 menggunakan USB pendrive

Windows 8 consumer preview (preview pengguna) sesuai diuji cuba untuk installasi ke atas netbook dan notebook berdasarkan beberapa ciri khusus yang mengutamakan capaian mudah ke internet menerusi paparan “Metro”. Tidak menjadi halangan bagi anda untuk menguji cuba ke atas PC mahupun tablet PC. Tips cara install Windows 8 menggunakan USB pendrive boleh dijadikan bahan rujukan proses installasi / pemasangan Windows 8 mahupun Windows 7 ke dalam PC mahupun netbook (yang tidak mempunyai DVD-ROM) melalui USB pendrive / external.

Keperluan

Pastikan perkakasan anda memenuhi keperluan minimum Windows 8 sebelum meneruskannya untuk memastikan cara install / pemasangan berjaya dilakukan. Seterusnya, anda perlu sediakan 3 perkara berikut:

format usb pendrive ntfs Cara install Windows 8 menggunakan USB pendrive os sistem operasi  windows 8 windows 7 USB pendrive notebook netbook microsoft metro

Format USB pendrive Bootable 

[ Format ] Backup dahulu fail dari USB pendrive / external anda untuk tujuan ini. Seterusnya, berikut adalah cara untuk format USB tersebut:

  1. Klik Start > Programs > Accessories > Windows Explorer ( atau “run”, taip: explorer)
  2. Klik Kanan pada Icon USB pendrive dan pilih “format”. Pastikan jenis fail sistem adalah : NTFS (seperti rajah di sebelah).
  3. Tick pada “Quick Format”
  4. Biarkan ruang kotak “enable compression” dan “volume label” kosong.
  5. Klik Start untuk format USB anda.
[ Bootable USB ] Setelah selesai, anda perlu memastikan USB tersebut bootable dengan melakukan langkah berikut:
  1. Mount imej ISO atau masukkan DVD Windows 8 ke dalam DVD drive.
  2. Klik Start > Run , taip “cmd” untuk memulakan command prompt
  3. Lakukan seperti arahan berikut …
  4. tukar ke direktori ke DVD Windows 8
    format bootable usb Cara install Windows 8 menggunakan USB pendrive os sistem operasi  windows 8 windows 7 USB pendrive notebook netbook microsoft metro
  5. Taip BOOTSECT.EXE /NT60 J: – dimana J adalah usb pendrive anda. Tukar mengikut drive letter USB anda sendiri dan <ENTER>
    format bootable usb 1 Cara install Windows 8 menggunakan USB pendrive os sistem operasi  windows 8 windows 7 USB pendrive notebook netbook microsoft metro
  6. Mesej yang dipaparkan menandakan USB pendrive anda kini bootable
    format bootable usb 2 510x102 Cara install Windows 8 menggunakan USB pendrive os sistem operasi  windows 8 windows 7 USB pendrive notebook netbook microsoft metro

Setelah selesai menjadikan USB pendrive anda bootable. Langkah terakhir adalah dengan menyalin (Copy) keseluruhan fail dan folder dari medium installation DVD Windows 8 ke dalam lokasi USB pendrive anda. Seterusnya lakukan langkah boot up melalui USB dengan mengemaskini tetapan BIOS untuk boot order USB yang sesuai. (rujuk manual pengguna bagi tetapan BIOS bootable drive).

Install Windows 8

Cara install atau langkah langkah pemasangan Windows 8 adalah “straight forward” yang sama dengan Windows 7. Jika anda pernah melakukan installation Windows 7, anda tidak akan menghadapi sebarang masalah. Namun jika anda tidak pernah melakukan sebarang installation Windows, ikuti langkah langkah berikut bagi cara pemasangan Windows 8:

  1. Boot pc / netbook / notebook menggunakan USB pendrive yang telah disediakan melalui langkah langkah di atas.
  2. Tunggu sehingga Windows installer siap sedia dan memaparkan skrin berikut:
  3. Skrin paparan pertama semasa proses installation. Pilih bahasa, masa dan format matawang mengikut kesesuaian. Biarkan tetapan keyboard or input method sebagai US.
    langkah 1 windows 8 setup 260x260 Cara install Windows 8 menggunakan USB pendrive os sistem operasi  windows 8 windows 7 USB pendrive notebook netbook microsoft metro
  4. Masukkan Key Product pada skrin atau teruskan sahaja dengan butang NEXT. Key product boleh di dapati secara percuma sekiranya installation adalah bagi versi Windows 8 consumer preview melalui program EXE autoinstall Windows 8.
    langkah 2 windows 8 setup key 260x260 Cara install Windows 8 menggunakan USB pendrive os sistem operasi  windows 8 windows 7 USB pendrive notebook netbook microsoft metro
  5. Memaparkan terma dan syarat. Tanda “tick” dengan klik pada kotak “I agree the license term” dan teruskan NEXT
    Langkah 3 windows 8 setup lesen persetujuan 260x260 Cara install Windows 8 menggunakan USB pendrive os sistem operasi  windows 8 windows 7 USB pendrive notebook netbook microsoft metro
  6. Pilih Upgrade sekiranya anda mahu terus menggunakan Windows 8 tanpa menghiraukan masalah kompabiliti applikasi sedia ada. AMARAN: untuk kembali ke Windows asal perlu dilakukan fresh installation, tiada menu uninstallation bagi mengembalikan Windows 8 ke Windows 7.. atau klik pada “Custom Install” untuk melakukan installation baru dan Seterusnya NEXT
    Langkah 4 windows 8 setup upgrade jenis 260x260 Cara install Windows 8 menggunakan USB pendrive os sistem operasi  windows 8 windows 7 USB pendrive notebook netbook microsoft metro
  7. Menu partition: Pilih atau create partition mengikut kesesuaian. Format atau delete akan menghapuskan data pada partition anda. Di sini anda boleh menetapkan saiz partition (ruangan bagi sistem fail dan sebagainya) serta jumlah partition yang wujud. Ubah tetapan mengikut kesesuaian dan seterusnya NEXT
    Langkah 5 windows 8 setup partition 260x260 Cara install Windows 8 menggunakan USB pendrive os sistem operasi  windows 8 windows 7 USB pendrive notebook netbook microsoft metro
  8. Skrin yang memaparkan status installasi semasa. Anda hanya perlu tunggu sehingga proses ini selesai dan proses reboot semula pc anda akan dilakukan secara automatik untuk meneruskan proses installasi yang seterusnya (tetapan pengguna). Sekiranya timbul sebarang masalah di langkah ini, ia adalah disebabkan fail yang tidak di salin dengan baik ataupun media storan USB pendrive anda dalam keadaan tidak baik. Perlu lakukan semula proses format USB dan bootable seperti di atas. Sekiranya tiada masalah, pc anda akan reboot setelah proses ini selesai.
    Langkah 6 windows 8 setup copy file 260x260 Cara install Windows 8 menggunakan USB pendrive os sistem operasi  windows 8 windows 7 USB pendrive notebook netbook microsoft metro
  9. Merupakan boot skrin loading windows.. Tunggu sehingga selesai
    Langkah 7 windows 8 setup boot screen 260x260 Cara install Windows 8 menggunakan USB pendrive os sistem operasi  windows 8 windows 7 USB pendrive notebook netbook microsoft metro
  10. Isi ruangan nama pengguna, password (katalaluan) dan hint bagi katalaluan pengguna mengikut kesesuaian. Seterusnya NEXT
    Langkah 8 windows 8 setup account 260x260 Cara install Windows 8 menggunakan USB pendrive os sistem operasi  windows 8 windows 7 USB pendrive notebook netbook microsoft metro
  11. Pilih warna mengikut kesesuaian dan beri nama untuk PC yang anda gunakan. Warna tersebut akan dijadikan sebagai warna latar paparan “Metro” manakala nama pc tersebut adalah untuk akses melalui rangkaian. Seterusnya NEXT
    Langkah 9 windows 8 setup OOBE 260x260 Cara install Windows 8 menggunakan USB pendrive os sistem operasi  windows 8 windows 7 USB pendrive notebook netbook microsoft metro
  12. Klik pada express setting untuk meneruskannya atau klik pada butang “customize” untuk melakukan tetapan lebihan. Anda boleh mengubah tetapan ini dikemudian hari melalui capaian “control panel”
    Langkah 10 windows 8 setup setting 260x260 Cara install Windows 8 menggunakan USB pendrive os sistem operasi  windows 8 windows 7 USB pendrive notebook netbook microsoft metro
  13. Merupakan paparan skrin login pengguna Windows 8. Tunggu sehingga selesai. Ianya tidak mengambil masa yang lama melainkan terdapat sebarang masalah ..
    Langkah 11 windows 8 setup login 260x260 Cara install Windows 8 menggunakan USB pendrive os sistem operasi  windows 8 windows 7 USB pendrive notebook netbook microsoft metro
  14. Pemasangan / Installation Windows 8 kini selesai … :) mudah bukan?
    Langkah 12 windows 8 setup berjaya 260x260 Cara install Windows 8 menggunakan USB pendrive os sistem operasi  windows 8 windows 7 USB pendrive notebook netbook microsoft metro

Cara pemasangan Windows 8 tidak berbeza dari satu versi ke versi yang lain bagi pengguna komputer peribadi, netbook, notebook mahupun tablet pc. Sekiranya terdapat sebarang masalah, anda boleh menggunakan ruangan komen dibawah untuk bertanyakan sebarang soalan yang berkaitan.. Selamat mencuba Windows 8! :) Semoga setiap dari pembaca berjaya melakukan installation dengan jayanya.. Gudluck! ;)

Kategori: Sistem Operasi

Tags:

  • Terry Lois69

    win8 ad gna winloader x??

    • xSwitcheRx

      belom ada lg rasanya… 

  • hack

    driver dia mcm mna plak?