Cara reset password Windows menggunakan USB pendrive

password hacker icon Cara reset password Windows menggunakan USB pendrive tips os sistem operasi  windows 7 windows reset password passphrase microsoft bootdisk Selain dari menggunakan Hiren’s Boot CD, BartPE dan lain-lain applikasi yang hampir serupa, Pogostick bootdisk merupakan salah satu applikasi yang membolehkan anda melakukan reset password administrator bagi sebarang Windows (cth diberikan Windows 7) dengan menggunakan USB pendrive. Pogostick bootdisk adalah satu aplikasi utiliti yang mudah digunakan dan bersaiz kecil (hanya 4 megabytes) yang sangat sesuai dimuatkan ke dalam usb pendrive bersama fail lain sebagai utiliti keperluan tambahan.

Amaran: sebelum anda melakukan reset password bagi sebarang user account, pastikan user account tersebut tidak mempunyai “encrypted file” yang dimiliki / dicipta /disimpan oleh user tersebut. Reset password akan menyebabkan kesemua fail yang di “encrypt” (Encrypted FileSystem dari windows XP, Vista dan 7) tidak boleh di baca / di akses melainkan anda mengingati kembali password user terdahulu.

Bootable pogostick usb pendrive

Anda perlu menyediakan pogostick usb bootdisk  yang “bootable”. Cara menyediakan bootable usb pendrive pogostick adalah seperti di bawah:

  1. Download fail ke [ 2 ] Pogostick bootdisk (klik) di sini
  2. Extract file tersebut dan copy semua fail ke dalam usb pendrive (file yang sedia ada dalam pendrive tidak perlu di buang dan pendrive tersebut tidak perlu di format semula).
  3. Masuk ke command prompt (taip “cmd” pada menu “run”) dan pergi ke direktori usb pendrive (eg. E:\)
  4. Install applikasi bootloader ke usb pendrive dari command prompt dengan melakukan arahan di bawah melalui cmd seperti:
    • syslinux.exe -ma X: (“x” adalah merujuk kepada drive usb sebagai contoh E:)
  5. Setelah selesai, semak file bernama ldlinux.sys yang dicipta ke dalam USB pendrive. Kewujudan fail tersebut bermakna usb anda kini bootable. Pastikan dari BIOS, bootable dari pendrive telah di “enable” kan.

Reset password windows

Ikuti langkah dibawah bagi mereset password sebarang Windows.

*Masukkan nombor pilihan dan tekan Enter untuk memilih dari menu

  1. Boot melalui usb pendrive pogostick
  2. Tunggu sehingga paparan skrin, dan tekan Enter untuk meneruskan dari skrin di bawah. pogostick usb pendrive bootable 480x258 Cara reset password Windows menggunakan USB pendrive tips os sistem operasi  windows 7 windows reset password passphrase microsoft bootdisk
  3. Pilih partition / disk yang mengandungi folder sistem windows 7 pogostick usb pendrive select 480x103 Cara reset password Windows menggunakan USB pendrive tips os sistem operasi  windows 7 windows reset password passphrase microsoft bootdisk
  4. Pilih bagi reset password merujuk pada pilihan user account. Anda juga boleh mengaktifkan user account yang telah di mati kan. pogostick usb pendrive reset password 480x49 Cara reset password Windows menggunakan USB pendrive tips os sistem operasi  windows 7 windows reset password passphrase microsoft bootdisk
  5. Pilih “write back changes” bagi mengemaskini perubahan (save). pogostick usb pendrive save reset password 480x162 Cara reset password Windows menggunakan USB pendrive tips os sistem operasi  windows 7 windows reset password passphrase microsoft bootdisk
  6. Reboot dan cabut usb pendrive.
  7. Skrin login Windows tidak lagi memerlukan password ;)

Penafian: posting ini adalah bertujuan bagi perkara yang baik dan tidak mengalakan sesiapa jua dari kalangan pembaca untuk memecah masuk ke mana mana komputer dengan menggunakan perisian serta cara yang dinyatakan disini. Penulis tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat dari kalangan pembaca yang menyalah gunakan infomasi ini bagi tujuan lain yang boleh menyebabkan kerosakan, kemusnahan, kehilangan, mahupun kecurian data komputer peribadi.

Nota : bagi pengguna yang mahukan privasi data benar benar terkawal dan selamat, gunakan enkripsi bagi semua fail yang di simpan. Password windows tidak menjamin sebarang keselamatan data yang di simpan dari dalam komputer anda. ;-)

Rujukan : pogostick.net

Kategori: Sistem OperasiTips

Tags:

  • jaerul

    file yang dinamakan 
    ldlinux.sys tidak ada pun bro?

  • Fikrampage

    aku tak paham lah bahagian CMD tu.. nak pegi directory USB DRIVE tu… nak kasi kluar ldlinux.sys uyg kau kata tu…
    cuba kau7 kasi jelas sikit.. tak paham betulllah…

     Microsoft Windows [Version 6.1.7601]
    Copyright (c) 2009 Microsoft Corporation.  All rights reserved.

    C:UsersAlya Maisarah>G:
    ‘c:’ is not recognized as an internal or external command,
    operable program or batch file.

    C:UsersAlya Maisarah>

  • Sakit Hati

     WHY ?????? Accessing physical drive: Access is denied ???

    Microsoft Windows [Version 6.1.7601]
    Copyright (c) 2009 Microsoft Corporation.  All rights reserved.

    C:UsersAlya Maisarah>G:

    G:>syslinux.exe -ma G:
    Accessing physical drive: Access is denied.
    Did not successfully update the MBR; continuing…

    G:>