Cara yang betul melaporkan masalah atau aduan streamyx

streamyx slow 1 Cara yang betul melaporkan masalah atau aduan streamyx streamyx 2 rangkaian  streamyx slow skmm Router report perlahan modem lembab internet aduan 100

streamyx, slow, lembab, problem

Internet sering terputus? Terlalu perlahan? Tidak berpuas hati dengan perkhidmatan streamyx? Sudah tentu ramai pengguna internet di malaysia yang sering menghadapi masalah kerosakan alat dan sebagainya yang boleh menyebabkan talian internet menggunakan perkhidmatan TM Net streamyx begitu menghampakan. Sebelum melaporkan sebarang masalah, pastikan caranya betul dan tidak menghampakan anda semula. Siapa tidak marah kalau 100 dah pun call, report dah pun dibuat, tapi tiada tindakan susulan oleh kontraktor TM Streamyx? Mungkin ada salah dan silap anda sendiri. Terdapat pautan (link) di bawah bagi artikel yang menerangkan beberapa sebab tertentu internet boleh menjadi terlalu perlahan atau tiada lansung sambungan; dari segi perisian dan peralatan.

Teruskan bacaan bagi mengetahui cara yang betul untuk laporkan masalah tersebut…

Info

  • Perlu anda ketahui, setiap laporan yang diterima oleh bahagian teknikal TM net sepatutnya memerlukan nombor report bagi rujukan semula pihak TM dan anda sendiri. Number report ini akan diberi setelah selesai anda membuat asas semakan kerosakan (troubleshooting) pada peralatan tertentu. Biasanya anda dikehendaki membuat direct connection iaitu tanpa menggunakan splitter, terus pasang kabel telefon pada modem.
  • Pihak TM akan menghantar subkontraktor yang telah dilantik pada permulaan bagi memeriksa alat modem mahupun PC anda sendiri. Jadi, tidak semestinya masalah anda dapat diperbetulkan on-the-spot oleh kontraktor yang dihantar. Nombor report berguna untuk menghubungi semula pihak TM dan merujuk kembali masalah yang sama berdasarkan nombor report.
  • Pihak TM sedaya upaya cuba untuk menyelesaikan masalah anda namun sering kali juga pihak TM membuat kesilapan dengan menganggap semua pemilik streamyx lansung tidak tahu mengenai cara untuk troubleshoot masalah network. Jadi ini akan mengambil sedikit masa, anda diharapkan bersabar.
  • Bantuan teknikal sering kali mendapat aduan dan boleh dikatakan setiap hari pasti tidak kurang dari  100 aduan diterima. Jadi anda harus bersabar dalam melaporkan masalah. Namun tidaklah ini bermaksud anda perlu menghabiskan 30 minit bagi mendapat satu laporan dari pihak TM dan juga untuk mendapatkan nombor report.
  • Pihak TM hanya bersetuju untuk menghantar kontraktor teknikal ke kediaman anda setelah yakin bahawa masalah yang timbul adalah akibat dari masalah peralatan bukan perisian mahupun setting (tetapan) tertentu.

Langkah yang betul

  1. Kenal pasti punca masalah. Anda boleh rujuk link di bawah beberapa cara troubleshooting bagi perisian dan peralatan yang sering menggangu talian internet anda.
  2. Tanya dirisendiri, apakah anda mahu kontraktor terus datang sendiri untuk memeriksa masalah? atau anda hanya mahu bantuan untuk mencuba baik pulih sendiri? Jika mahukan kontraktor TM turun menyelesaikan masalah sendiri, ikut langkah 4 abaikan langkah 5.
  3. Call 100 dan pilih untuk melaporkan kerosakan teknikal.
  4. Selepas menjawab soalan berbentuk butiran peribadi dan akuan Streamyx, maklum kepada Operator TM bahawa anda menghadapi masalah modem. Katakan kepada Operator TM bawa modem tersebut mempunyai masalah setelah beberapa ketika anda menutup dan membuka kembali. Nyatakan kepada operator bahawa anda telah membuat sambungan secara terus tanpa menggunakan splitter. Beri maklumat jenis modem dan nyatakan anda mahu bantuan teknikal untuk datang sendiri untuk menyelesaikannya. Pastikan anda mendapat nombor report bagi masalah kerosakan yang dilaporkan.
  5. Maklumkan kepada Operator yang menjawab panggilan anda yang anda perlu tahu beberapa perkara untuk membaik pulis sendiri masalah internet anda. Tiada nombor report bagi bantuan seperti ini diperlukan.

PENTING!

Ramai pengguna yang mengabaikan nombor report dan tidak tahu lansung pentingnya nombor report masalah streamyx. Menjadi salah anda sendiri jika berharap pihak TM untuk menghantar kontraktor datang untuk membaik pulih tanpa usaha untuk mendapatkan nombor report semasa melaporkan masalah streamyx di talian 100 kerana kontraktor TM tidak akan dihantar ke rumah anda selagi tiada nombor report ini. Nombor report amatlah berguna sekiranya masalah yang dihadapi masih belum dapat diselesaikan dalam tempoh 24 jam dari waktu laporan kerosakan dibuat. Gunalah nombor report yang sama sehingga anda pasti masalah tak berlaku lagi.

ADUAN

Jika masih berlaku dan berlarutan hingga ke beberapa hari atau lebih dari seminggu, guna nombor report tersebut dan laporkan kepada pihak TM kembali, namun sekiranya ia berlarut terlalu lama tanpa tindakan, anda boleh melaporkan masalah ini kepada SKMM. Anda boleh menghatar aduan melalui email di alamat : aduanskmm@cmc.gov.my atau layari web SKMM di http://www.skmm.gov.my/

Ps; adalah menjadi hak anda sebagai pengguna untuk mendapatkan perkhidmatan tanpa gangguan setimpal dengan bayaran yang dikenakan ;) Setuju bukan?

Kategori: RangkaianStreamyx

Tags:

  • 4n3s

    bagaimana hendak membuat aduan melalui email??

  • sunburn

    Bil tm net hari ni sampai besok tamat tempoh pembayaran,menyusahkan.

  • nik

    saya tak puas hati dgn TM streamyx….bukan semggu dua dah nk dekat 2 bulan…mmg mykitkan hati btl….aku dah lebih 10 kali call 100 jawapanya sama tggu…….myesal aku

  • Norhayati Paka

    Pokok tumbang dan cable putus pada 24 Dec 2012 hingga 31 Dec 2012 tidak dibetulkan…datang tengok@melawat kawasanpun tak. Hari ini rasa nak potong line telepon.

  • SHAUQI

    Saya dan family amat-amat tidak berpuas hati dengan service TMNET STREAMYX… Yang pertama, line putus2 makin menjadi-jadi sejak diupgrade.. Yang kedua, apabila dibuat aduan tentang kerosakan, pada talian 100..jawab orang TMNET STREAMYX, baikpulih dalam tempoh 24 jam… Tapi masalahnya aduan sejak hari Khamis lagi… keesokannya pada hari Jumaat setelah diadu lagi, katanya, dalam tempoh 24 jam… Hari ini 19/1/2013 setelah diadu lagi, katanya 24 jam lagi… sama je jawapannya… Sedangkan kami selalu je bayar setelah sampai bil… Xpernah tertunggak… Kerja2 termasuk assignment adik yang perlu didownload selalu pending… Perlu didownload banyak kali… Untuk terminatenya, menjadi masalah juga kerana ada kontrak setahun… KAMI HARAMKAN BAYARAN KAMI KEPADA SYARIKAT TMNET JIKA TIADA PENYELESAIAN…