Google translate kamus online terjemah 50 lebih bahasa secara Percuma

Teknologi masa kini mempermudahkan pelbagai urusan termasuklah menterjemah satu2 bahasa ke dalam bahasa lain secara online. Secara tidak lansung, internet menjadi kamus online yang mudah dan menawarkan pelbagai fungsi lain selain dari terjemahan sepatah perkataan. Anda ingin membaca artikel / berita dari arab, yahudi, afrika, rusia, perancis, korea, cina, jepun, dan lain2 lagi bahasa di dalam bahasa melayu / malaysia? tiada yang mustahil dengan Google Translation.

Kemudahan dari Google translation (http://translate.google.com) menjadikan proses menterjemah laman web, artikel, sepatah perkataan mahupun ayat, terlalu mudah dan cepat. Bahasa malaysia kini wujud di dalam google translator bersama-sama dengan terjemahan 50 bahasa lain.

Kemudahan dari servis google translation:
1. perkhidmatan secara online
2. perkhidmatan yang PERCUMA
3. fungsi terjemahan laman web ke 50 bahasa lain
4. fungsi terjemahan dokumen-dokumen dari 50 bahasa lain
5. fungsi terjemahan seperti kamus bagi satu perkataan mahupun sebaris ayat ke 50 bahasa lain

Walaupun tidak secara 100% setiap terjemahan bagi baris perkataan adalah tepat, tetapi bagi penulis, rasanya cukup memadai sekiranya selebihnya terjemahan yang tidak berapa tepat difikirkan sendiri menggunakan logic akal. Google translation sudah pasti akan meningkat upaya ketepatan di masa hadapan.

Bagaimana cara nak guna? Contoh di tunjukkan di bawah:

1. Masuk ke laman google translate : translate.google.com

2. Di sini anda tentukan apakah fungsi yang mahu digunakan. Bagi contoh ini, penulis menterjemah laman web bahasa jepun ke bahasa melayu. (http://www.asahi.com)

3. tekan enter setelah memasukkan URL (address) bagi laman web tersebut kedalam kotak. Terjemahan akan siap dalam beberapa saat dan hasilnya adalah seperti gambar di atas…

Sangat menarik bukan? Gudluck ;)

Kategori: InternetWeb

Tags:

  • ف wildchild ۞

    alternatif lain bagi saya adalah website dari Dewan Bahasa Pusta sendiri.

    http://prpm.dbp.gov.my/

    untuk certain certain istilah dari bidang – bidang tertentu, website DBP ini menampilkan terjemahan yang lebih tepat ;)

  • Khushairikhazari

    pleasure