Isi borang tapisan keselamatan secara online melalui sistem E-Vetting

Bagi penjawat awam lantikan baru dan masih dalam tempoh percubaan, anda perlu mengisi borang tapisan keselamatan serta melakukan beberapa perkara lain bagi pengesahan jawatan yang telah dilantik dalam tempoh 3 tahun (skim SSM, SBPA hanya 1 tahun). Borang tapisan keselamatan kini boleh di isi secara online melalui sistem yang dikenali sebagai E-Vetting.  Malahan semakan bagi status semasa, kemaskini dan pemprosesan data juga turut di sediakan melalui sistem yang sama.

[ link (pautan) dibawah dikemakini pada 24 mei 2012 ]

BORANG dan SEMAKAN

Melalui sistem e-vetting, kesemua perkara yang terdapat di dalam borang tapisan keselamatan yang sebelum ini perlu di isi secara manual telah di terjemahkan ke dalam bentuk satu sistem. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah dengan mendaftar, mengisi dan menghantar butir butir peribadi melalui sistem bagi pihak keselamatan membuat tapisan. Semakan status kemaskini bagi status tapisan keselamatan juga boleh dibuat melalui sistem E-Vetting setelah perkara yang perlu dilengkapkan di isi dengan baik dan lengkap. Paparan gambarajah di bawah adalah merujuk kepada perkara yang terdapat sistem E-Vetting yang perlu di isi.. Sekiranya anda perhatikan, ianya masih sama dengan borang yang perlu di isi secara manual seperti perkara yang melibatkan :

e vetting borang tapisan keselamatan 510x236 Isi borang tapisan keselamatan secara online melalui sistem E Vetting sistem 2  sistem online penjawat awam malaysia goverment e vetting

e-vetting-borang-tapisan-keselamatan

  • Profil pemohon – gambar seperti IC diperlukan
  • Pekerjaan terdahulu
  • Maklumat Suami, Isteri, Tunang
  • Maklumat Persatuan
  • Maklumat Pendidikan
  • Maklumat Ibu Bapa dan Penjaga
  • Maklumat Adik Beradi
  • Lawatan ke Luar Negara
  • Latihan Ketenteraan
  • Kesalahan yang pernah dilakukan dan perakuan

PENGGUNA BARU SISTEM

Bagi pengguna baru, anda hanya perlu mendaftar butir peribadi seperti pengguna ID (merujuk pada nombor kad pengenalan), katalaluan (password) dan email (bagi tujuan menghantar katalaluan sekiranya hilang?). Pendaftaran boleh dibuat dengan “click” pada pautan “Daftar Baru” melalui paparan login skrin seperti di bawah (lihat pada kotak bewarna merah).

evetting Isi borang tapisan keselamatan secara online melalui sistem E Vetting sistem 2  sistem online penjawat awam malaysia goverment e vetting

Paparan muka hadapan sistem E-Vetting

Seterusnya dengan mengisi maklumat yang diperlukan bagi pendaftaran maklumat pengguna baru seperti gambarajah skrin di bawah …

e vetting pengguna baru 510x197 Isi borang tapisan keselamatan secara online melalui sistem E Vetting sistem 2  sistem online penjawat awam malaysia goverment e vetting

Maklumat yang perlu di isi bagi pengguna baru

MANUAL vs ONLINE

Berikut adalah beberapa perkara yang memperincikan kebaikan penggunaan sistem E-Vetting berbanding pengisian maklumat melalui borang tapisan keselamatan secara manual

  • Semakan boleh dibuat secara online melalui sistem E-Vetting berbanding semakan secara telefon sekiranya mengisi secara manual
  • Tiada kerosakan borang yang mungkin boleh menyebabkan kelewatan memproses permohonan bagi tapisan keselamatan
  • Data atau maklumat yang di isi boleh diperbaiki atau dikemaskini mengikut kesesuaian sebelum penghantaran dibuat tanpa menjejaskan sebarang maklumat berbanding secara manual sekiranya terdapat pengubahsuaian yang perlu dilakukan boleh menyebabkan kerosakan borang
  • Data dan maklumat yang di isi dapat di hantar dengan cepat serta memudahkan pemprosesan tapisan keselamatan dari pihak yang bertanggungjawab mengurus dan memproses
  • Data dan maklumat yang di hantar adalah 100% dijamin sampai terus ke pihak Keselamatan tanpa keciciran borang yang boleh melambatkan dan menjamin tiada kebocoran maklumat di pihak ke-3
  • Tidak memerlukan kos tambahan bagi penghantaran serta mengurangkan kos pemprosesan dan pengurusan maklumat penjawat awam

SISTEM E-VETTING: TAPISAN KESELAMATAN ONLINE

Melalui keberkesanan dan kemampuan yang boleh dilakukan melalui sistem ini, sudah pasti pujian harus diberikan pada pihak yang menguruskannya kerana sistem e-vetting boleh menerima data dan maklumat penjawat awam dengan baik dan teratur yang memberikan banyak kelebihan berbanding borang yang perlu di isi secara manual. Anda boleh melayari sistem E-vetting melalui link di bawah (klik pada link tersebut):

http://evetting.cgso.gov.my [dikemaskini pd 24 mei 2012]

link sebelumnya kini tidak lagi aktif yang akan membawa anda kehalaman 404 page not found.

Selamat mencuba ;)

Kategori: Sistem Online

Tags:

  • yulia Ng

    “Melalui keberkesanan dan kemampuan yang boleh dilakukan melalui sistem
    ini, sudah pasti pujian harus diberikan pada pihak yang menguruskannya”
    i would like to say, it may be a failure. until now i can’t access the website.

    • xSwitcheRx

      im not sure what cause the recent failure .. well, give them time to rectify the issue and i believe it’s going to get back online real soon.. thanks for ur comment btw

  • Anis

    salam.. mcamana nak dapatkan semula kata laluan e-vetting sekiranya t’lupa.. (harap dapat m’banti.

    • xSwitcheRx

      ws, anda boleh cuba untuk menggunakan menu daftar baru .. dan masukkan semula no kad pengenalan dan butir peribadi yang lain.. 

      • nisma

        assalam moderator, sy pengguna lama yang dah pernah isi dalam e-vetting tapi tak ingat kata laluan utk semakan dan ‘print’ e-vetting. dah cuba daftar baru tp masih tak dpt…bagaimana utk mengatasinya?

    • rabiah

      salam,telefon pihak ktapisan keselamatan dgan taip borang tapisan keselamatan menual. nanti ada nombor tel tertera utuk dihubungi. minta kata laluan baru kerana terlupa.k

  • Zaidi810

    salam, mohon bantuan, sy dimaklumkan bahawa kita boleh edit dan kemaskini semua info dalam borang online ni selagi belum dihantar. namun, bile kita lodout atau tekan mane2 menu kat sebelah kiri tu, sy xleh nak kembali semula ke borang asal tadi.. tiada rekod je yang ditulis kat situ.. dah byk kali call diorg mohon bantuan tp tak dijawab.. teruk sungguh sistem ni.. anda ada cara utk mengatasi masalah ini ?

    • Kah Fatt

      saya pun sama seperti kamu. adakah cara untuk mengatasi masalah ini?

    • Vivian Chong mengfoong

      Saya  mengalami masalah  yang  sama…..Boleh  tolong

  • Dellina_0110

    Salamm..sy ingin bertanya sekiranya maklumat yg dihantar tidak lengkap..mcm mana sy nak kemaskini smula.ini kerana terdapat kesilapan semasa penghantaran maklumat tersebut..diharap pihak tuan dapat memebantu sy..dan dpt email kepada sy..dellina_011 @yahoo.com..sy ingin mengemaskini semula maklumat peribadi sy..terima kasih..

    • Minta Bantuan

       Saya juga mengalami masalah seperti ini,, saya tertekan HANTAR sebelum menyiapkan kesemua borang yang perlu diisi, nak kemaskini semula, namun tak dapat..

      • Iwan_izan

        saya pn mngalami masalah yang sama…sy pn perlukan bantuan dengan segra

         

  • Feezbowl

    masalah saya….setahu saya, saya x pernah daftar evetting ni…bila dah klik daftar baru n masukkan ic n password, sistem bagitau id pengguna telah wujud….boleh sape2 bantu

  • Skdssa Ppdkp

    guru yang sambung belajar kena isi ke borang tapisan keselamatan
     

  • Ummi_zulfar2311

    kalau xingat pword cam ne yer?…

  • Dari_masgem

    Selamat petang & Salam 1 Malaysia…ni saya nak tanya, kalau tersalah pilih permohonan (spp/spa & berkanun /tdk berkanun) kan, bagaimana untuk kita tukar balik permohonan tersebut sbab permohonan yang lama sudah dihantar..tq

    • met

      saya pun ada masalah mcm kamu.. pening saya ni

  • Dari_masgem

    Selamat petang dan Salam Kemerdekaan..Saya pengguna yang juga pernah mengisi maklumat dalam evetting tetapi tersilap  mengisi lantikan spa tapi sebenarnya ialah spp.Jadi, saya mohon bantuan bagaimana untuk mengisi semula evetting bagi lantikan spp.maaf atas kesilapan tersebut.tq

    • bantu saya

      salam dari_masgem, saya juga mengalami masalah yang sama. saya ingin bertanya, macamana cik mengatasi masalah diatas?

  • Gift_mib

    setelah saya register dan telah mengisi semua data yang perlu..saya telah terlupa password..tetapi saya telah cuba 3/4 pssword yg biasa saya guna masih tidak bleh buka..lastly but not least..just stopped surf the website

  • Hantz_89

    napa tak blh masuk link ni… nak masuk untuk cetak borang tp tak blh masuk…. cm na ya??

  • Jjkcee

    sudah cuba dua hari ttp tak dpt access web cgso

  • tutu beyang

    xda care lain ke nk dptkn pasword kalo terlupa? 

  • rosna

    Saya dah mendaftar melalui sistem online dan telah berjaya tapi bila saya nak log makluk tidak dapat. nota yang diberikan ialah possword tidak sama. macam mana buat.
     

  • http://profile.yahoo.com/HWDDFCYCEBWXOE5UEJBYXMVDBA Yati

    yati leemat
    saya dah isi borang tapisan keselamatan tapi apabila saya semak semua maklumat tiada .macam mana ya

  • Hazelprimus

    Saya sudah mengisi borang secara online dalam bulan Julai tetapi kenanpa sampai sekarang keputusan belum ada. 

  • Yasmi

    Tahniah kepada pembangun sisten ini yang nampak lebih mesra pengguna.. saya dapati dalam sistem Evetting tidak terdapat perkataan Lupa kata laluan dipenjuru bawah sebelah kiri. Ini akan menyulitkan kepada mereka yang ingin membuat log in sekiranya mereka terlupa kata laluan. Harap mendapat perhatian. Terima kasih.

  • Kintan_ptl

    saya dah daftar tanpa gambar dulu dan ada orang masukkan gambar lain ke profail saya.JPN Pulau Pinang dah dapat permohonan tu tapi hantar balik kerana gambar lain tapi bila saya nak daftar balik betulkan jadi macam banyak kes bila taip nombor ic keluar data tidak ditemui, bila daftar semula sebagai pengguna baru sistem inform id dah wujud…habis nak cari kat mana?????????peningnya………….

  • Mazawa

    apa hal ni….x boleh nak akses website….

  • Tlkpgc929

    i telah daftar tetapi setelah disimpan, i tak dpt cari balik maklumat yg i simpan.Adakah i kena buat semula?

  • Frombloomtogloom

    tadi aku baru jer buat ID and so on…bila nak LOG MASUK … WHAT !!! password salah ??? sedangkan taip betul2..siap taip slow-slow takut salah key in..siap tulis atas kertas.. Dah la benda ni wajib diisi…Nthen try la ” Daftar baru ” ..diorang ckp x boleh ..dah ade ID dlm sistem.. so how ? Aku yakin yang aku key in password yg 100% betul…

  • joy

    saye menghadapi masalah terlupe kate laluan n then da isi semule permohonan, adakah sy kn tggu lg utk dpt jwpn?

  • vivian

    jika tersalah pilih jenis lantikan (e.g. tersalah pilih suruhanjaya perkhidmatan pelajaran), tetapi masih belum hantar, hanya pernah simpan maklumat dan sekarang dibuka sekali lagi untuk kemaskini dan mendapati kesalahan ini, bagaimana hendak menukarkan pilihan? saya mendapati tidak boleh kembali ke mukasurat pilihan tersebut.

  • cshin

    selamat petang. jika nak kemaskini gambar yang diupload, bagaimana dengan caranya?

  • ct

    salam, saya tersilap mengisi di ruangan pelajar tajaan, Bagaimana cara saya nak edit, tq

  • Syuhada’

    Nampaknya semua soalan tak dijawab oleh pihak berkaitan. Saya juga tunggu jawapan bagaimana membuat pembetulan no ic, kerana saya telah terisi no ic lama ke ic baru, dan saya telah buat kemas kini no ic tersebut tapi bila disemak tiada perubahan, buat-buat ni dah 3 bulan berlalu, dah hantar email juga ke bahagian tapisan keselamatan, tak dibalas pun. Apa dah jadi ni?

  • pesa

    saya da guna dan ada problem..setelah email kepada pihak berkenaan,dalam masa 1 minggu dia akan rectified..dalam kes saya dalam masa 4 hari selepas aduan diadukan

  • Anisah

    Salam.saya tertekan butang “hantar” sedangkan banyak maklumat pada halaman2 belum dilengkapisi.siapa2 bolen bantu.trima kasih.

  • kutubulu

    kenapa lama sangat nak sah hah…..

  • Yew

    saya sepatutnya isi SPP, tetapi silap isi bahagian SPA. Apakah caranya sekira saya ingin isi semula sebab yang telah diisi, saya telah hantar.

  • Salim

    hi all, saya nak bertanya, sekiranya saya salah mengisi maklumat tetapi telah dihantar, bagaimana cara untuk mengisi semula? ada talian hotline 24 jam? sila hubungi saya 0148893769. urgent. tq all.

  • ling

    permohonan saya telah dihantar ke pengesah jabatan pada 4 june 2012 dan didapati permohonan saya telah diterima oleh jabatan. tetapi keputusan status permohonan pada masa kini masih kosong dan saya pun tidak ada terima keputusannya.. what should i do now as i need it for my pengesahan. thank you!