Masalah streamyx slow / lambat – Sebab dan cara penyelesaian..

Ramai yang mengatakan internet di rumah agak lambat. Sebelum membuat sebarang aduan, adalah sangat membantu sekiranya kita mampu memberi maklumat yang tepat mengenai punca masalah yang terjadi bagi membolehkan pihak TM menyelesaikan dengan cepat. Posting ini hanya berkaitan masalah yang terjadi dari segi perkakasan dan bukan perisian. Berikut adalah sedikit ulasan dari saya mengenai beberapa faktor yang sering menyebabkan masalah talian broadband streamyx serta cara-cara bagi troubleshooting (kenal pasti masalah – dibawah). :

  1. Line telefon ada noise (iaitu bunyi bising yang tak sepatutnya ada – sangat biasa terjadi)
  2. Modem semakin panas (modem / router modem)
  3. Collision paket yang terlalu banyak (masalah pd roter / switch “dan atau” pc)
  4. PC – NIC (kad network) yang bermasalah (problem).
Bagi mengesan masalah adalah sangat mudah, cuba ikuti langkah2 berikut satu persatu dengan memahami langkah2 yang diberikan..
**Sebelum proses troubleshoot (mengesan punca masalah), pc yang digunakan sebolehnya adalah fresh install windows dan tiada applikasi 3rd party (iaitu aplikasi tambahan). Ini adalah untuk mengasingkan (isolate) masalah hardware dan software dari proses troubleshoot ini.
Line fone yg ada noise (bunyi bising)
  • tutup pc anda, dan angkat fone, cuba call 103 dan berbual lah (apa saja) dengan operator bagi mengesan masalah noise.. ambil masa 1 min, beri perhatian pada bunyi buzz yang mungkin wujud semasa perbualan. Sekiranya dikesan bunyi tersebut, pastikan operator juga mengesahkan tentang gangguan noise. Jika operator juga mendengar noise tersebut, ini adalah bermaksud gangguan noise pada talian anda agak kritikal. Terus call 100 di bahagian teknikal laporkan masalah noise yang anda alami.
  • d link atm statistic error 248x164 Masalah streamyx slow / lambat   Sebab dan cara penyelesaian.. streamyx 2  streamyx Router port network modem forward

    d-link-atm-statistic-error-streamyx

    bagi kepastian dengan lebih mendalam (secara teknikal) .. on suis pc anda, masuk ke menu router (192.168.1.x – x: bergantung pada jenis/ip router), semak statistik bagi adsl / atm, lihat pada transmite “tx” dan receive ”rx” error counts. Sepatutnya column ini tidak mempunyai error counts seperti disebelah (jika ada error counts untuk “tx” atau “rx”, line fone juga bermasalah; mengakibatkan talian internet lambat atau tersekat sekat). Dari semasa ke semasa, jika error counts ini akan meningkat, pada satu ketika ia akan menyebabkan talian internet anda terus terputus..

  • Setelah anda sedia maklum dengan masalah yang di akibatkan oleh bunyi bising dalam talian telifon, terus hubungi “100″, terus ke “Bantuan Teknikal”. Beri tahu pada “pembantu teknikal streamyx-tm”, masalah “noise” atau “bunyi bising” pada talian telefon yang menyebabkan internet terlalu perlahan dan sering terputus. PENTING: ambil dan simpan salinan nombor report yang diberikan. Dalam masa 24 jam, pihak sub-kontraktor dari TM (telekom malaysia) akan datang dan membuat ujian noise ke atas talian fone anda. Tiada bayaran dikenakan, biarpun kabel talian telefon terpaksa ditukar, atau sebagainya). Bantuan teknikal streamyx dipertanggungjawabkan dalam masa 24 jam untuk hadir ke premis anda (masa dikira mulai saat report anda dibuat). Jika dalam 12 jam, tiada sub-kontraktor yang datang ke rumah, call semula “bantuan teknikal” dan semak status report anda. Tanyakan samada pihak TM telah menghantar kontraktor atau belum. Sekiranya belum, jelaskan keadaan streamyx dan keperluaan anda menggunakannya dalam sekadar segera. Itu sahaja.
  • Jika pihak teknikal sedang datang ke rumah, pastikan masalah internet terputus atau perlahan di selesaikan dengan membuat verifikasi keatas kelajuan internet anda. Semak kelajuan internet disini. Juga pastikan noise tidak lagi wujud.
Modem (atau router modem) semakin panas.
  • Modem (kebiasaanya router modem yang digunakan oleh semua pelanggang streamyx), menjadi panas disebabkan banyak faktor salah satunya adalah faktor kedudukan modem di tempat yang tertutup dan panas. Setiap alat elektronik atau elektrik akan terjejas kecekapannya sekiranya dibiarkan panas dalam tempoh yang lama.
  • Tutup router-modem dahulu dan biarka seketika. Ubah kedudukan modem / router ke tempat terbuka dan kurang kepanasan.
  • Elakkan meletakan router modem di tempat seperti di bawah meja, atau di dalam laci atau kabinet, di atas pancaran cahaya matahari secara terus, dan sebagainya.
  • Semak statistik router seperti gambar di atas, dan pastikan error counts bagi “tx” dan “rx” berkurangan atau terus menjadi “0″.
Collision paket yang terlalu banyak (masalah pd roter / switch "dan atau" pc)
  • Paket boleh berlanggar atas masalah pada cable cat 5 (cable network) dan juga pada switch / router.
  • Masuk ke menu router dan akses ke statistik; lihat statistik bagi menu ethernet / LAN, pastikan tiada error pada collision (perlanggaran) dan lain2 ralat yang berkaitan ethernet. Jika ada, cuba tukar cable network (cat5) dan gantikan dgn kabel yang baru. Jika masih ada collision, pasang switch / router tadi di tempat lain dan semak semula statistik ethernet. Jika masih ada, router modem berkemungkinan mengalami masalah, tukarkan dengan yang baru / ganti.
  • port forward wag200g linksys 216x248 Masalah streamyx slow / lambat   Sebab dan cara penyelesaian.. streamyx 2  streamyx Router port network modem forward

    port-forward-wag200g-linksys

    Applikasi yang menghantar paket yang banyak perlu di salurkan secara betul (destinasi paket) dengan membuka port pada firewall dan menetapkan IP tertentu yang memerlukanya. Teknik ini dikenali sebagai “port forwarding“. Cara untuk set port-forwarding yang betul bagi setiap jenis modem / router boleh di perolehi disini : www.portforward.com ; gambar disebelah adalah contoh bagi forwarding yang telah ditetapkan bagi telnet dan applikasi torrent.

  • Collision paket juga boleh berlaku disebabkan terlalu banyak paket yang dihantar pada masa yang sama. Applikasi yang menghantar paket yang banyak selalunya adalah aplikasi yang memerlukan download (downstream) dan upload (upstream) yang banyak dari segi kuantiti. Applikasi yang dimaksudkan adalah seperti applikasi torrent dan p2p (eg. ares). Tutup applikasi tersebut dan cuba troubleshoot semula collision paket error dari menu tetapan modem router.
PC - NIC (kad network) yang problematic.
  • NIC (kad network) – jika kesemua masalah diatas telah diperiksa tetapi masih lagi talian internet anda slow / lambat, cuba tukar NIC – kad network anda. Biasanya NIC yang rosak mengakibatkan lampu LED pada NIC bagi DATA / LINK tidak bernyala atau hanya bernyala satu sahaja. Lampu pada NIC adalah petanda yang menunjukkan sebarang aktiviti menghantar dan terima paket dari kabel.
Sila ambil perhatian sekali lagi.., tutorial bagi proses troubleshooting ini hanyalah untuk mengesan masalah streamyx dari segi perkakasan (peralatan) sahaja. Sekiranya anda mendapati tiada sebarang masalah bagi peralatan setelah mengikuti langkah langkah di atas, ini bermaksud peralatan anda dalam keadaan yang memuaskan. Sekiranya masih lagi terjadi masalah internet terlalu perlahan, anda mungkin perlu memeriksa dari segi perisian pula (lihat link dibawah). Walaubagaimanapun, kadangkala masalah yang terjadi juga adalah disebabkan kesesakan / kegagalan peralatan yang berada di exchange site TM – untuk memastikan kawasan anda tidak mempunyai masalah, sila call 100 dan tanya pada operator samada kawasan anda terlibat dalam aktiviti baik pulih / meningkat upaya yang dilakukan oleh pihak TM..
Harap posting ini sedikit sebanyak membantu… Gudluck! ;-)
(di kemaskini pada 14 sept 2010)

Kategori: Streamyx

Tags:

  • abu wafi

    I ada masalah streamyx dah 3 minggu tak boleh nak connect, semua line ok. Dah ngadu pada Bahagian Teknikal Streamyx dah macam2 alasan di bagi. Kedian selepas 3minggu berlalu, makan teknisian pun datang rumah cek sana sini, tukar modem etc kata dia X problem on the talian, modem ok, conection ok but still tak boleh connect Intenetnya. So dia kata oooo “PC ente mungkin ada virus”.. so nak tanya betol ka alasan VIRUS ada dalam PC maka Streamyx tak boleh guna.But bila kita guna LapTop (yang ok pakai wifi, pakai streamyx ok, hotel ok cucuk saja on) tak boleh pakai jugak. Dia kata connection kat luar etc tak ada masalah. So apa cadangan sedara2.

    Thanks In Advance

    • niku

      Sabar dan terus bersabar… masalah saya agak menyakitkan hati jugak… waktu siang , connection perfect gile…macam unifi pun ada…. bile malam, da mcm siput sedut die punye lembab…bile report, jawapan sama…kami akan check dulu… tp tiap2 mlm sama je…dah la amik yg 1mb punye speed…byr rm110.. tp mlm xleh guna…

  • abu wafi

    Thanks a lot Sdr Switch.

  • syah

    salam.. nk tnye …nape bile check speedtest , doenload speed 380kbs, tp bile donlod pakai idm download speed 0/2.3kbs??
    cm xlogik je…sbb pc ke??

  • wan

    askom  ,sy nk tnya ni router wireless apa yg bagus?,skrg pada mata sy adalah d-link DIR-615 boleh x surggest,,,saya baru nk daftar internet ni streamyx ,,,then  klu sy beli router sendiri ,klu sy pasang cm mana nak install  ,nk guna x pandai r ,adakah org TM datang utk membantu  saya utk install kn walaupun modem 2 saya bukan beli under TM??? sy x pandai nk seting router ni,tolong selesai kn masalah saya ni??????????????

  • http://www.xenosystm.com xSwitcheRx

    Wkslm. d-link Dir-615 pun sudah memadai bagi rangkaian network Wifi 1-20 (dan lebih lg) biji pc.. pemasangan internet cukup mudah dan tidak perlu takut untuk mencuba sebab takkan ada benda yg tiba2 meletup.. dont worry to make mistake, instead, learn from mistake is the best thing to do. bagi wan; 

    Keperluan sambungan internet streamyx
    pengguna baru streamyx, 5 keperluan asas bagi sambungan streamyx adalah;

    1. modem
    2. router / switch (untuk sambungan internet lebih dari satu pc)
    3. pc
    4. cable RJ 11 (cable telefon)
    5. cable RJ 45 (cable network cat 5)
    adakalanya modem dan router fungsi nya di gabungkan sekali dalam satu perkakasan (device). seperti kopi 3 dalam 1.. ianya lebih mudah dan agak murah sedikit berbanding jika setiap satu di beli secara berasingan. Dlink DIR 615 adalah berfungsi sebagai router sahaja, jadi wan perlu juga cari satu lagi alat iaitu modem. harga dalam range 70 ~ 90 saja. 
    Pemasangan.
    setiap alat yg di beli akan di sertakan sekali dengan manual pengguna. baca dan ikut arahan pada manual alatan tersebut, pasti boleh. secara asasnya, sambungan yg sering di lakukan adalah seperti berikut; 
    —-   adalah cable RJ11 (cable 4 wayar)
    +++ adalah cable RJ45 (cable 8 wayar)
    Tanpa switch / router  
    —————————
    [ port telefon rumah ]—[ splitter ]—-[ modem ]++++++PC
                                                              |
                                                              ”— RJ11—[ telefon rmh ]
    Dengan switch / router
    —————————-
    Tanpa switch / router
    —————————                                         
    [ port telefon rumah ]—[ splitter ]—[ modem ]++++[ router]+++PC
                                                              |                                                        +
                                                              ”— —[ telefon rmh ]                ++++++PC
    Setting router
    panduan untuk setting router ada dalam blog ini disini – 
    ps; memanggil technician dari TM juga boleh, tapi setahu saya akan dikenakan bayaran servis perkhidmatan sebanyak RM 80… 
    Gudlak! ;-)
                                                                                      
  • Anonymous

    boot manager osl2000 tu apa? kenapa laptop saya tidak mendafatar boot manager tu? boleh buang tak boot manger osl2000 tu?

  • http://www.xenosystm.com xSwitcheRx

    untuk info ttg bootmanager osl2000, lawat laman ini : http://www.osloader.com/
    untuk membuang bootmanager tu, make sure CD windows xp / vista di sediakan untuk memperbaiki (overwrite) MBR hard disk semula .. MBR = master boot record. klau tak nnti bootloader untuk windows tidak dapat berjalan (bermaksud tidak boleh boot ke windows / OS(s) lain.. Gudlak! :)

  • Anonymous

    hello…askum…nak tanya kenapa loading page speedtest lambat??sedangkan page lain ok

  • pocahontas

    betul apa yang xswitch cakap. customer firstly patut check all simptom dulu before call 100.sebab kadang-kadang problem simple je macam splitter longgar and so on tapi bila call 100 nak buat report ia akan memakan masa semasa menunggu operator angkat call sebab kerosakan banyak.so saya suggestkan kalau boleh check all dulu, kalau tak boleh jugak baru call 100.untuk jimatkan masa technician dari ke rumah customer untuk ketatkan splitter sahaja.customer juga patut lebih memahami dan jangan cepat marah-marah sekiranya technician lambat nak repair customer punya problem.macam problem slow connection tu biasanya memang virus punya pasal yang akan melambatkan kita nak browse mana-mana web site.advise to always update anti virus selalu.

  • http://www.xenosystm.com xSwitcheRx

    Pocahontas: selain dari update antivirus.. satu solid solutions untuk internet yg laju dan stable (dari segi software based solutions), gunalah Linux Operating System. ;)

  • http://rubbertapperz.blogspot.com bujang

    salam bro.. posting yg bagus… nak tanya skit.. gua guna streamyx. just pakage 384kbps jer. masalahnya sebelum ni ok jer.. download speed sampai 400 lebih. Tp minggu lepas ada masalah mendatang. gua punya internet jadi lembab dgn tiba2. dan gua sure bukan masalah cable atau virus. gua pun call 100. report problem. so technician dia org datang. check dan kata ada masalah dgn download speed gua. dia kata x sepatutnya gua 400 lebih untuk download speed, sbb dia kata tu just untuk 2m punya bkn utk 384 kb. so dgn x rasa bersalah dia call TM HQ suruh downgradekan gua punya download speed. la ni dah tinggal 200 lebih jer.. Perghhh… gua rasa nak mati bila bukak satu2 page tu… x tau la technician tu apa masalah dia.. ni bukan nak lajukan internet gua tp nak terlungkupkan internet gua ada laa.. Gua bengang dan call 100 balik.. so dia org dok pusing macam2.. ni gua dah stat hangin dah ni.. so gua mcm dah malas nak berurusan dgn TM lagi.
    Kat sini gua nak mintak jasabaik lu klau lu boleh tolong. Kot2 lu ada gratis software yg dapat gua gunakan untuk tambahkan speed internet gua. Atau ada apa2 cara lain ke asalkan internet gua ok semula.

    Yang keduanya nak mintak tolong klau tau macamana cara nak tukar internet connection. maksaud gua sebelum ni gua connect internet guna manual. tu hari masa tecnician TM dtg dia tukar kepada auto. so mcmana cara gua nak tukar balik kepada manual.

    TU saja bro… terima kasih jika bisa mambantu.. wassalam.

    p/s: Jika x keberatan, jika ada jawapan dari persoalan saya ni tolong tinggalkan pesanan di shoutbox blog saya. http://rubbertapperz.blogspot.com. Terima Kasih.

  • ihsan

    Askum… Saya nk tanya, mcm maner nk setting modem jenis SMC7401BRA.. Saya guna streamyx combo yg rm6o sebulan… sila bantu saya ye… postkan pada email saya

  • acap

    salam

    sy da bli access point wireless..sblum ni sy gna modem n switch 16 port.. cmna nk setting ap wireless 2?

  • evand

    hello switch. nak tanya, cable telefon kat tiang baru2 ne putus, technician datang tak tukar baru , tapi mereka menyambungkan semula bahagian yang terputus cable tiang  tu semula . So adakah ini boleh menyebabkan masalah atau kesan terhadap kelajuan internet saya ? sebab.. sebelum cable tu kena buat mcm tu, talian stabil ja. Tapi sekarang , i.t speed ne mcm dah kurang , malasalahnya lagi, talian internet di rumah asyik dc dan selalu tak connect langsung. Tambahan pula, kadar masalah ini berlaku ini secara konsisten mengikut masa setiap hari…. contoh, waktu yang paling stabil talian i.t ni kat malam saje, lain2 masa pula , asyik dc. Tanya kat operator cakap, signal yang mereka hantar ok je. Baru2 ne dah tukar modem baru, tapi masalah sama masih berlaku.

  • mamat

    Bagaimana cara untuk sekat pengguna luar guna wireless kat rumah kita.

  • busut

    ada software lajukan intrnet ?

  • nina

    amboi … banyaknya korang tanya cik abang ni kan … hehehe .. anyway tahniah pada yang menjawab pertanyaan, memang best blog ni. setiap korang tanya ada je jawapan yang memang menambahkan ilmu di minda saya . yang kat bawah – bawah tu je lum cik abang ni jawab … agaknya penat layan krenah korang yang minta post kat blog korang .. ada lak yang nak cik abang email lak … tak aci la … saya pun nak baca juga. kan kan kan…

  • uchiha madara

    salam bro…streamyx saya xde mslh slow…ok laju..transer rate klu dload gune idm pon 100-200kb…tapi mslh ye slalu putus2..knape ek?skjp2 putus…tgh sedap2 dload…putus…biasenyer…saya kene angkat gagang tepon biar 2,3 minit baru ok…tapi bile letak,jadi balik….kadang2 kene snts angkat gagang tepon…baru line ok…knape ek bang?masalah tang mana tuh?

  • sadli

    salam bro…saya guna streamyx 1mb rm 110 , riger router wireless. masalahnya router tu hanya dapat dalam lingkungan 5 meter je , ada setting yang aku terlupa atau router tu memang hampehhh…plzzz

  • pemerhati

    banyak sangat soklan..tak terjawab aku…

  • xmanlegends

    saya guna streamyx 1mb rm68. saya sering menggunakan Utorrent. Masalahnya utorrent download slow. download speed 2.0kb je?

  • xmanlegends
  • xmanlegends

    Masalah p2p saya tak buka.

  • xmanlegends

    check transmite “tx” dan receive ”rx” error counts hanya untuk dialer ke?

  • HambaAllah

    Assalamualaikum dan Terima kasih semua…
    byk info berguna di sini.
    tadi saya test speed streamyx ni memang slow 0.03mb
    lepas off kan modem/router dan lap sikit, baca apa2 yang patut kat dia bagi sejuk… hasilnya jadi 0.3mb..
    Rupa2 nya memang modem/router panas sangat.
    kesian dia…
    Terima kasih semua.
    wassalam.

  • http://rubbertapperz.blogspot.com bujang

    apa rahsianya zul?

  • Payadota Bengang!!

    tm ni ngarut,cam sial lagi troubleshot ni la..tu la..tenet speed diorang mmg slow pastu kasi alasan,aku pkai 2mbps tp mse wat speedometer de 700kbps je pe cite??? sial…

    • http://adalahaturcaraperkongsianmaklumatICTsecaraterbuka;) xSwitcheRx

      salam. sorry to say, cara anda meluahkan rasa tidak puas hati agak tidak beretika. di sini bukan tempatnya untuk memaki atau mencarut sebabnya masalah anda tidak akan selesai dengan memaki atau mencarut.. jadilah bijak sikit lain kali :) budi bahasa budaya kita

  • http://bisneshariini.blogspot.com muslim

    streamyx saya lama.mula2 masuk laju…tapi sekarang lambat…bosan….bila tengok video….sangkut2….tolong yap…speed sama 100mbps…

  • Ahmad Zaid b. Ahmad Zaher

    Malaysia mmg ketinggalan zaman!Puih tak patut…..Saya benci Malaysia

    • pakcik

      pi duduk tempat lain la…

    • Sqedwqdew

      gi brambus la la woi ..puiii

    • i love malaysia

      kalau benci malaysia pergi la negara lain yang ko tak benci.

  • alif

    salam, nak tanya sket… internet connection cma dpat waktu tngh malam saja…. bila siang, no internet connection…. lmpu kt modem untk internet hlg trus….
    bantuan diperlukan…

    • zuanjoslin

      maslah yg sama.kenapalah sllu ada ganguan dsl…talian telefon….