Membeli router, switch atau hub?

Sambungan dari tajuk: Memilih router terbaik dari spesifikasi: 3com / Dlink / Belkin / Linksys / Tp-Link / Netgear / Zyxel?

Senang cerita, antara router atau switch atau hub, kedudukan antara 3 peranti ni dalam kelas network berdasarkan kemampuan dan kelebihannya adalah:

  1. Router / Router & Modem
  2. Switch
  3. Hub
In shorts, alkisah 3 alat ni…
  • Hub – Hampir pupus. Dapatkan switch. Jangan buang masa. Huhu.
  • Switch – Sesuai bagi perkongsi internet di rumah / pejabat (2 komputer hingga ke 30 pc berkongsi satu line internet). Harga? 5 port switch Netgear; RM 65 (Nov 2008). Masih memerlukan Modem; RM 90 Linksys – bagi sambungan internet. Plug-n-play. Cross dan straight cable boleh support. Ingin menggunakan wireless? dapatkan router wireless.
  • Router / Router Modem – Wireless atau wired; 2-2 ade. Mempunyai OS, mini-processor, Ram dan sebagainya; menjadikan ianya satu peranti mini-komputer yang lebih sofistikated berbanding fungsi switch. Boleh menyekat akses mana2 pc yang bersambungan. Mempunyai firewall bagi menhalang hackers. Router modem diperlukan bagi menggunakan streamyx dan berkongsi internet lebih dari satu pc. Modem digunakan bagi proses dail-up streamyx dan selebihnya, switch pada router akan saling berfungsi mengikut ketetapan. Router wireless diperlukan untuk menggunakan WiFi (RM 200 – budget). Pilihan paling baik dengan sedikit kos tambahan berbanding switch.
Kelajuan setiap sambungan bergantung pada 2 hala, komputer dan alat penghubung (switch / router).
nic speed Membeli router, switch atau hub? rangkaian  wireless wifi switch streamyx Router network modem hub

Kelajuan NIC - Kad network; bukan bermaksud kelajuan internet streamyx, tapi bermaksud kelajuan Network setempat (yakni sambungan antara komputer ke komputer/router.

Lanjutan bagi 3 alat ni …
  • Hub – Hanya boleh di sambung menggunakan cross-cable Cat-5. setiap bilangan pc yang bersambung padanya akan berkongsi bandwitdh (aka kelajuan), yang bermaksud, 4 port hub berkelajuan 100 Mbps, disambung pada 4 pc yang lain, menyebabkan setiap satu dari pc akan berkongsi bandwitdh secara purata 25Mbps bagi setiap pc. Selalu berlaku perlanggaran paket data (menyebabkan a bit slower). Hampir pupus disebabkan harga switch yang semakin murah. Harga? Xde jual dah kat kedai2 biasa.
  • Switch – Lebih sofstikatet berbanding hub, dan mampu untuk outburst setiap port pada switch dengan kelajuan yg hampir pada kelajuan maksimum sambungan, Contohnya, switch 4 port, berkelajuan 100 Mbps disambung pada 4 komputer yang berkelajuan 100Mbps (full-duplex network speed), mampu untuk menyambung setiap pc dengan kelajuan maksimum 100Mbs (atau hampir). Perlangaran paket data kurang berbanding hub. Harga? 5 port switch – Netgear – RM 50 ke 60 ( Nov 2008 ). Masih memerlukan “modem” untuk menggunakan broadband streamyx atau 3G.
  • Router / Router modem –  Merupakan mini komputer, bermaksud, software dan hardware saling berinteraksi. Firewall semestinya satu kelebihan pada setiap router. Fungsi DHCP yang lebih memudahkan setting IP address dalam satu kelas network pada setiap pc. NAT yang berfungsi menyembunyikan IP network internal dari external (outsider-yakni public).  Dari segi wireless, router mampu untuk mengasingkan satu network wireless dan menyediakan fasiliti keselamatan penggunaan wireless dengan protocol encryption WEP, WPA, dan WPA2, bermaksud; wireless boleh dipilih untuk dikongsi atau tidak. Router yang mudah untuk dipecah masuk dengan menggunakan default username dan password, tidak sesekali selamat untuk digunakan. So, klau rasa2 nak kongsi router dengan public, jangan la tukar password router. huhu :D
In short, klau ade kemampuan dan duit lebih sikit, carilah router yang sekurang2nya mempunyai 4 port, memenuhi spesifikasi router yang sesuai dengan kegunaan dan klau nak wireless, cari router yang support WiFi dengan encryption key: WPA2 – lebih susah untuk crack. Gudlak!

Kategori: Rangkaian

Tags:

  • http://www.hamini.net mustari

    bagaimana untuk tingkatkan kelajuan pada internet kat rumah saya?Saya sekarang guna modem riger dengan internet 10 mbps.Bila guna riger,kelajuan nya amatlah terhad,nak guna mudah.my pun susah,kadang2 tak nak detect.Harapkan bantuan daripada yang mahir.