Microsoft Security Essentials 4 dikemaskini dengan kemampuan anti-spyware

mse version 4 windows 8 510x388 Microsoft Security Essentials 4 dikemaskini dengan kemampuan anti spyware software 2  windows xp windows vista windows defender windows 8 windows 7 virus mse microsoft malware beta Antivirus antispyware Kemunculan Windows 8 bukan sahaja memberikan beberapa ciri baru dari dalam sistem operasi tersebut bahkan ia turut dilengkapi dengan beberapa applikasi yang telah dikemaskini seperti Internet Explorer versi 10 dan Microsoft Security Essenstial versi 4 (Windows Defender). Versi baru Microsoft Security Essentials telah dipertingkatkan keupayaannya dengan kemampuan anti-spyware. MSE yang direka untuk menawarkan perlindungan anti-virus, berbanding Windows Defender sebelum ini bertujuan untuk memberikan pengguna windows perlindungan anti-spyware. Versi terbaru MSE telah menggabungkan kedua dua fungsi applikasi ini dan diperkenalkan sebagai Microsoft Security Essentials 4. Ia merupakan salah satu antivirus yang percuma keluaran dari syarikat Microsoft dan boleh digunakan oleh pengguna bagi platform Windows XP, Vista dan 7.

Windows 8: Masalah Upgrade

Bagi pengguna Windows 8, MSE diperkenalkan sebagai Windows Defender dan ianya telah dipasang bersama sama windows 8 ketika proses tingkat upaya mahupun installasi yang fresh. Pengguna Windows 7 yang  meningkat upaya ke Windows 8 akan menghadapi masalah berkaitan dengan applikasi antivirus sedia ada. Ia memerlukan anda untuk membuang (uninstall) terlebih dahulu sebarang antivirus sebelum meneruskan proses upgrade ke Windows 8.

Muat Turun MSE

Anda boleh memuat turun applikasi Microsoft Security Essentials versi 4 di sini : www.softpedia.com. Versi 4 MSE masih lagi dalam peringkat BETA namun ianya merupakan satu applikasi yang mampu memberikan perlindungan serangan virus dan spyware secara percuma.

 

Kategori: Perisian

Tags: