Patch tool bagi membuang WGA notification Windows XP

Salam. sebelum ini saya ada menulis arahan untuk membuang WGA notification yang sering terjadi pada Windows XP pirate. Jika anda mahukan solution yang semudah ‘click and complete‘ anda boleh mendapatkannya di sini.

Pesanan: Memang mudah sekiranya smuanya dilakukan secara automatik dan tanpa bersusah payah membuat secara manual, namun ada kekurangan tertentu. Kekurangan yang perlu pengguna lain ketahui adalah sekiranya anda menggunakan software / program tertentu bagi melakukan patch / injection ke pada file2 windows, banyak kemungkinan dari segi keselamatan, stability dan isue lain yang boleh timbul. Memandangkan program crack / patch / injection tools di program oleh hackers / crackers yang tiada siapa yang tahu apakah source code program tersebut, adakah ianya selamat, adakah ianya bersih dari kod program terselindung ? dan adakah ia stable dengan versi windows yang digunakan? Persoalan tersebut menjadi tanda tanya kepada pengguna patch software / tools.

Sekiranya anda telah memahami nota di atas, anda boleh menggunakan tool dari link dibawah ;) . download dan terus run

http://fileforum.betanews.com/detail/RemoveWGA/1151081362/1

**disarankan kepada anda untuk update antivirus sebelum mendownload file tersebut. False positive mungkin terjadi di mana antivirus anda akan memberi amaran kemungkinan virus dijumpai, adalah menjadi pilihan anda samada untuk meneruskan atau tidak meneruskan program tersebut. File tersebut walaubagaimanapun di ambil dari sumber yang di percayai.

Bagi pengguna yang mahu menggunakan cara manual dan berhati2 dalam issue stability sistem dan keselamatan, ikuti link di bawah yang berkaitan dengan WGA removal steps yang telah di tulis sebelum ini ..

Selamat mencuba ;)

Kategori: Sistem OperasiTips

Tags: