Pengiktirafan setaraf bagi program pengajian jarak jauh PJJ

Sedikit infomasi bagi membantu anda yang mahu melanjutkan pelajaran melalui program PJJ (pengajian jarak jauh). Mengetahui pengiktirafan setaraf bagi universiti-universiti atau kolej tertentu adalah sangat penting. Tidak semua institusi yang menawarkan program PJJ adalah di iktiraf taraf pensijilannya oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA).

SEMAKAN

Anda boleh menyemak pengiktirafan yang setaraf bagi program PJJ institusi tertentu melalui satu sistem yang dibina khusus bagi menyemak status program dan nilai setaraf yang diperakui JPA mengikut tempoh masa tertentu. Contoh berikut adalah keputusan bagi semakan Program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat Kepujian yang ditawarkan oleh OUM – Open Universiti (INUTEM) :

open universiti oum unitem 520x287 Pengiktirafan setaraf bagi program pengajian jarak jauh PJJ snipet sistem 2 rangkaian  universiti tempatan spa sistem online pjj kursus kolej jpa

Contoh: berdasarkan maklumat di atas, tempoh pengesahan setaraf pengiktirafan adalah dari 22.2.2003 hingga 21.2.2008. Anda boleh menghubungi semula pihak Universiti serta JPA (seperti yang tertera di laman tersebut) bagi mengetahui status semasa.

SISTEM ESISRAF

Sistem carian ini adalah berdasarkan nama universiti serta bidang kursus yang ditawarkan dan kedudukan institusi pengajian samada di dalam negara atau di luar. Program ini adalah dibawah kendalian Jabatan Perkhidmatan Awam (sila lihat nama domain yang anda layari ianya di akhiri dengan jpa.gov.my). Berikut adalah paparan skrin semasa program yang dikenali eSISRAF dilayari:

jpa pengiktirafan 520x354 Pengiktirafan setaraf bagi program pengajian jarak jauh PJJ snipet sistem 2 rangkaian  universiti tempatan spa sistem online pjj kursus kolej jpa

Anda boleh melayari program eSISRAF bagi menyemak pengiktirafan setaraf PJJ dengan klik di sini. Selamat mencuba ;-)

*** PJJ kini menjadi salah satu cara bagi mereka yang bekerja di sektor awam khususnya untuk menambah pendapatan isi rumah dengan menjawat jawatan yang lebih tinggi dalam jabatan yang sama atau lain. Secara tidak lansung ia juga menambah profesionalisma kerja.

Kategori: RangkaianSistem OnlineSnipet

Tags: