Semak daftar pemilih secara Online dan SMS

suruhanjaya pilihanraya malaysia spr icon Semak daftar pemilih secara Online dan SMS sistem 2  spr sistem pru online malaysia kerajaan Laman bagi semakan daftar pemilih boleh dilayari melalui pautan (link) di bawah. Semakan boleh dibuat secara individu atau isi rumah (berbilang individu serentak) yang hanya memerlukan anda untuk memasukkan nombor kad pengenalan bagi melakukan semakan. Laman utama SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) dilihat telah dikemaskini dan menawarkan beberapa perkhidmatan lain seperti:

  • Pertanyaan / Aduan dan Semakan perubahan alamat
  • Muat turun borang pendaftaran, bantahan, kursus serta tuntutan
  • Kemaskini alamat secara online bagi Pengundi Tidak Hadir (Luar Negara)
Bagi pendaftaran pemilih, fungsi tersebut masih belum boleh dilakukan secara Online. Pendataran buat masa ini hanya boleh dilakukan melalui pejabat pejabat SPR negeri serta pusat pusat pendaftaran pemilih seperti:
Untuk melakukan semakan tersebut, layari pautan dibawah:
Bagi melakukan semakan daftar pemilih melalui talian SMS, anda hanya perlu:
Taip mesej: SPR SEMAK [no kad pengenalan]

Contoh: SPR SEMAK 850022001234

dan hantar mesej tersebut ke : 15888

Semakan daftar pemilih merupakan prosedur biasa untuk memastikan maklumat dimiliki oleh pihak SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya ) tepat dengan pendaftaran anda sebagai pengundi berdaftar yang sah sebelum anda layak untuk membuang undi dalam pilihanraya kelak :)
[ Info ] Seorang pesara Tentera atau Pesara Polis, adalah tidak secara automatik menjadi pengundi awam selepas bersara. Jika anda bersara daripada Perkhidmatan Tentera atau Perkhidmatan Polis, anda perlu membuat pendaftaran yang baru menggunakan Kad Pengenalan Awam (Mykad) untuk menjadi seorang Pengundi Awam. ( merujuk dari info laman facebook SPR )

Kategori: Sistem Online

Tags: