Setup streamyx menggunakan Aztech DSL605EW

streamyx zone Setup streamyx menggunakan Aztech DSL605EW streamyx 2  TM streamyx setup setting pppoe modem internet aztech Gambar di bawah adalah gambar bagi modem dan router wireless yang digunakan oleh pengguna Wireless broadband pakej Combo TM streamyx. Modem tersebut diberikan secara percuma yang juga dibekalkan oleh TM. Warranty bagi modem ini adalah dalam tempoh setahun (12 bulan) dari tarikh pemasangan streamyx anda. Sekiranya terdapat sebarang masalah ke atas modem dalam tempoh warranty, anda berhak mendapatkan modem gantian secara percuma (tanpa dikenakan sebarang bayaran). Sekiranya anda dikenakan bayaran gantian modem, dapatkan semula wang anda!

Ciri-ciri modem :

Mempunyai1 port WAN iaitu RJ11 untuk disambungan dengan talian telefon rumah anda dan juga memberikan anda 4 port Network iaitu menggunakan soket RJ45 bagi sambungan kabel network Cat5(e) ke PC /Laptop anda. Modem ini juga dapat disambung secara wireless. Sekiranya wireless anda mempunyai password, rujuk pada pelekat (sticker) yang biasanya dilekatkan pada modem anda. Disitu anda dapat merujuk kembali password sambungan wireless.

vcomme11 Setup streamyx menggunakan Aztech DSL605EW streamyx 2  TM streamyx setup setting pppoe modem internet aztech

 

Setup streamyx :

Seperti biasa, bagi mengakses halaman konfigurasi modem, terlebih dahulu adalah perlu untuk memeriksa sambungan rangkaian LAN adalah dalam keadaan yang baik. Cuba lakukan arahan ping ke modem dan pastikan reply yang diterima juga dalam peratusan yang tidak kurang dari 70%.

Bagi mengakses web setup modem ini.. gunakan web browser (seperti firefox / internet explorer / chrome) dan masukkan IP modem seperti berikut:

  • 192.168.1.1 .. (atau anda boleh merujuk semula pada ipconfig bagi menentukan IP gateway yang diberikan.)

Masukkan maklumat berikut: pada halaman yang anda dapat lihat dari web interface setup modem Aztech DSL605EW (klik pada gambar di bawah untuk membesarkannnya.

aztech login modem 260x260 Setup streamyx menggunakan Aztech DSL605EW streamyx 2  TM streamyx setup setting pppoe modem internet aztech

~~~~~~~~~~~~~

Username: admin

Password: admin

~~~~~~~~~~~~~

Setelah berjaya login masuk ke tetapan modem aztech DSL605EW, anda akan dipaparkan dengan antaramuka web setting seperti dibawah (klik untuk membesarkan imej)

aztech home dsl pppoe 260x260 Setup streamyx menggunakan Aztech DSL605EW streamyx 2  TM streamyx setup setting pppoe modem internet aztech

Melalui laman berikut, anda perlu memasuki menu “new connection” dengan menfokuskan mouse anda pada menu “WAN” dan memilih “new connection“. Lihat gambarajah di atas. Seterusnya, anda akan di paparkan dengan gambarajah seperti dibawah iaitu satu menu ketetapan bagi sambungan streamyx anda! Melalui menu ini, walaupun ia kelihatan agak berserabut dengan pelbagai tetapan, berita baik untuk anda, hanya terdapat 4 perkara yang perlu anda ubah. Perkara yang perlu diubah adalah seperti berikut:

  • Connection name: masukkan sebarang nama (sebagai contoh: streamyx)
  • Username: masukkan nama pengguna streamyx yang didaftarkan. Contoh: pakabu@streamyx
  • Password: masukkan password yang telah didaftarkan dengan streamyx. Contoh: tmnet123
  • VCI: masukkan nilai “35” .. tetapan asal adalah “0″. nilai selain dari 35 tidak akan diterima yang menyebabkan sambungan streamyx akan gagal.

Sebagai contoh anda dapat merujuk gamba rajah di bawah (klik untuk membesarkannya).

aztech pppoe setup 260x260 Setup streamyx menggunakan Aztech DSL605EW streamyx 2  TM streamyx setup setting pppoe modem internet aztech

Setelah selesai, anda Klik pada “Apply” .. dan klik pada butang “Connect” bagi membuat sambungan. Sekiranya masih gagal, cuba restart modem anda kembali. Goodluck! :-)

Kategori: Streamyx

Tags:

  • justlikesponge

    saya tak pasti tentang aztech log in tu ?saya x tahu ape2 mengenainya ..
    macam mana nak buat account aztech tu ?

  • Matyee571

    salam tuan…
    macamana nak aktifkan wireless connection pada modem  D-link dsl 2640B…password wireless sudah diberikan oleh pihak TM…tiasa led menyala pada WLan Signal.

  • admin para

    saya sudah buat..tapi tak dapat..kenapayew..PVC Settings ada masalah la…
     

  • IzaTeratakUsang

    Tiap kali nak guna, asyik kena setup semula. Kenapa ya?