Streamyx setup menggunakan Riger DB108-WL Wireless ADSL Modem

Riger DB108WL 480x346 Streamyx setup menggunakan Riger DB108 WL Wireless ADSL Modem streamyx 2 hard wired  wireless wep wan TM streamyx seting Router riger modem internet

Gambar di atas adalah gambar bagi modem dan router (2 dalam 1) yang juga digunakan oleh pengguna Wireless broadband pakej Combo TM streamyx. Modem tersebut diberikan secara percuma yang juga dibekalkan oleh TM. Warranty bagi modem ini adalah dalam tempoh setahun (12 bulan) dari tarikh pemasangan streamyx anda. Sekiranya terdapat sebarang masalah ke atas modem dalam tempoh warranty, anda berhak mendapatkan modem gantian secara percuma (tanpa dikenakan sebarang bayaran). Sekiranya anda dikenakan bayaran gantian modem, dapatkan semula wang anda!

Ciri-ciri modem :

Pada pandangan penulis, modem ini adalah mirip kepada modem TP-Link (versi?) yang turut menggunakan BusyBox v1.x kernel bagi menjalankan sistem konfigurasinya. Mempunyai1 port WAN iaitu RJ11 untuk disambungan dengan talian telefon rumah anda dan juga memberikan anda 1 port Network iaitu RJ45 bagi sambungan kabel network Cat5 kepada PC /Laptop anda. Modem ini juga memberikan sambungan kepada rangkain / internet secara wireless.

Setup streamyx :

Seperti biasa, bagi mengakses halaman konfigurasi modem, terlebih dahulu adalah perlu untuk memeriksa sambungan rangkaian adalah dalam keadaan yang baik. Cuba lakukan arahan ping ke modem dan pastikan reply yang diterima juga dalam peratusan yang tidak kurang dari 70%. Cuba elakkan meng-konfigurasi modem jenis wireless tanpa menggunakan kabel network. Ianya bagi memudahkan serta mempercepatkan kerja anda tanpa sebarang masalah.

Bagi mengakses web setup modem ini.. gunakan web browser (seperti firefox / internet explorer) dan masukkan IP modem seperti berikut:

http://192.168.1.1 (merupakan IP default bagi modem)

Masukkan maklumat berikut:

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Username: tmadmin

Password: tmadmin

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Setelah berjaya masuk ke menu konfigurasi modem.. Ikut Arahan berikut di bawah satu per satu..

*****

Menetapkan maklumat streamyx anda.

1. Masuk ke menu WAN. Menu tersebut ada disebelah kiri.

wan modem riger 1 480x292 Streamyx setup menggunakan Riger DB108 WL Wireless ADSL Modem streamyx 2 hard wired  wireless wep wan TM streamyx seting Router riger modem internet

2. Klik Edit. (Jika tiada sebarang konfigurasi, klik Add. Anda hanya perlu satu tetapan sahaja. Tidak perlu 2 atau 3. Sekiranya terdapat lebih dari satu, padam kesemuanya dan masukkan semula – lihat gambarajah di atas).

wan modem riger 2 480x314 Streamyx setup menggunakan Riger DB108 WL Wireless ADSL Modem streamyx 2 hard wired  wireless wep wan TM streamyx seting Router riger modem internet

3. Masukkan nilai VPI: 0 .. dan VCI: 35 (selain dari nilai ini, streamyx anda tidak akan berfungsi). Lihat contoh gambarajah di atas. 32 adalah default value.

wan modem riger 3 480x351 Streamyx setup menggunakan Riger DB108 WL Wireless ADSL Modem streamyx 2 hard wired  wireless wep wan TM streamyx seting Router riger modem internet

4. Pilih PPP over Ethernet (PPPoE). Bridging adalah untuk dailing secara manual melalui windows (anda tidak mahukan ini, auto adalah lebih baik)

wan modem riger 4 480x306 Streamyx setup menggunakan Riger DB108 WL Wireless ADSL Modem streamyx 2 hard wired  wireless wep wan TM streamyx seting Router riger modem internet

5. Masukkan PPP username dengan nama pengguna streamyx anda (contoh saya123@streamyx), dan PPP password dengan katalaluan streamyx anda.

6. Setelah selesai, reboot / restart modem anda. Selain dari apa yang diterangkan diatas, anda hanya perlu menekan “next” dan biarkan sahaja nilai-nilai yang telah ada / kosong.

*****

Mengurus Password WEP  Wireless anda.

1. Klik pada menu Wireless (disebelah kiri).

2. Pastikan kotak “Enable wireless” di tanda. Masukkan SSID dengan sebarang nama yang anda rasakan perlu. Pilih negara malaysia.

wan modem riger 5 480x360 Streamyx setup menggunakan Riger DB108 WL Wireless ADSL Modem streamyx 2 hard wired  wireless wep wan TM streamyx seting Router riger modem internet

3. Pilih menu “Security” dari senarai menu disebelah kiri. Anda akan melihat menu seperti yang di tunjukkan di atas ini. Pilih SSID yang telah anda masukkan sebelum ini. Pilih “Open” sebagai jenis authentication dan pilih “Enabled” bagi WEP encryption. 64-bit atau 128-bit encryption adalah kekuatan key (password) encryption yang anda boleh pilih. Sekiranya anda memilih 64-bit, password adalah terdiri daripada 5 aksara (contoh: 12345) manakala 128-bit adalah 13 aksara (contoh: 123456789abcdef ). Masukkan password di kotak bawah.

4. Restart modem anda.

Selamat mencuba ;-)

ps: sekiranya mahu reset modem, lihat panduan untuk reset modem di bawah.

Rujukan manual pengguna boleh di download di sini:

http://www.riger.com.my/DB108-WL_user_manual.pdf (english)


Kategori: PeralatanStreamyx

Tags:

  • Pingback: Tweets that mention | TechnophiliA | -- Topsy.com

  • khairul

    modem ni klau jual brape harga ye

  • khairul2

    adalah dlm rm80

  • zam

    boleh tak guna modem nie utk buat home network??

  • sukeatiaku

    Bro thanks.. info kau ni banyak membantu

    • http://adalahaturcaraperkongsianmaklumatICTsecaraterbuka;) xSwitcheRx

      No probs :)

  • amar

    modem ni boleh support ke kalau kita buat 1 access point jenama dlink ..tolong email kt sy kalo tau alabaladi2003(yahoo.com)

  • anonymous

    kalau saya psg 2 modem nie serentak (setting yg sama), ada problem/conflict tak?? (nak tambah coverage yg x bagus di beberapa area).

  • zack

    Salam…Tuan, dah lama saya guna wireless nie, baru nie I beli PDA, nak guna wifi pasword dah lupa, camana ek??? please!!! TQ

    • Anonymous

      ko cucuk kat reset button kat belakang modem tu dalam 5-7 saat…modem akan reset balik to ‘default’…the ko setting la balik…

  • Halim

    xSwitcheRx: Boleh enable bridge mode tanpa guna LAN? Tapi guna wireless. boleh ke?

  • sue

    salam..sy gnekn modem jnis ni dh dekat setahun, tp baru2 ni bila sy donlod something, jd lambt sgt…boleh bantu?(384kbps)

  • latguy

    salam..macam mana nak setup wireless kat modem..laptop sya dapat detect wifi signal tp xbleh access internet..mcamana nak buat tu?

  • Rhue

    As salam.. tolong saya! laptop saya tidak boleh access internet.. signal wlan pd modem tidak bernyala… apa yang perlu saya lakukan??

  • Afif

    Assalamualaikum sume….

    Bro aq nk tnye ko ni…
    sejak kebelakangan ni, internet aq asyik putus² jerk…
    aq pon reset la modem aq ni, jename RIGER mcm di atas ni….
    Lps aq reset, aq xleh nk connect…
    Troubleshoot kate, problem mungkin adapter or access point
    aq rase memang access point yg bermasalah sbb aq access pakai phone
    pon still xleh connect…
    Any solution?

  • Cliff Tan

    can this model support uPnP?

  • http://www.facebook.com/liang.s.bo 蘇國建

    SAYA NAK DAPAT MAKLUMAT TENTANG MODEM ITU~MANA BOLEH CARI?

  • rosly

    salam. sy xbleh nak masuk menu modem la. lampu internet warna merah. ade sape bleh tlg?